Si comel di atas ni merupakan puteri sulung kepada pasangan Wan Dalila Wan Chik (26 thn) dan Muhammad Fakharur Razi b Abdul Kadir (29 thn). Tanggal 26 November 2007 (Isnin), jam 10.14 pagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Safiyyah selamat dilahirkan dengan berat 3.64kg. Abi dan Ummi nya memberikan nama Safiyyah Maisarah yang bermaksud "Kesucian & Kekayaan". Moga dirinya dikurniakan hati yg suci dan kaya dengan ciri-ciri wanita solehah kelak,insyaAllah. Kini Safiyyah sudah pun berusia 1 thn 7 bln dan menetap bersama Abi dan Ummi nya di Gombak, Selangor.
Dalila & Fakharur Razi